shadow

Tolong sebarkan kepada semua mengenai maklumat ini. Nampaknya jenayah penipuan di Malaysia masih berleluasa dan terbaru polis mengesahkan wujud sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank.

Info ini ditujukan kepada semua pemilik akaun bank khususnya pemilik akaun Maybank. Anda dinasihatkan berhati-hati jika menerima panggilan yang mengatakan ia dari Maybank.

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia), Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruddin Md Din berkata, pihaknya mengesan wujud rangkaian sindiket baru yang menyamar sebagai pegawai bank khususnya Maybank untuk menipu orang awam.

Katanya, sindiket itu akan menghubungi telefon mangsa secara rambang sebelum memulakan perbualan dengan mendakwa nama mangsa digunakan individu tertentu untuk melakukan pinjaman peribadi.

Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai bank sebelum meminta mangsa menyatakan nama penuh dan nombor MyKad untuk tujuan pengesahan.

Suspek kemudian mendakwa ada individu yang menyamar dan membuat pinjaman peribadi menggunakan identiti mangsa, katanya.

Mangsa kemudian akan panik dan suspek akan menasihati mereka untuk membuat aduan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan memberi nombor telefon yang sudah diubah menggunakan platform voice over internet protocol (VOIP) untuk memperdaya mangsa.

Meskipun itu bukan nombor asal BNM atau PDRM akan tertera nombor asal dua agensi kerajaan pada telefon pintar mangsa menggunakan peralatan VOIP, katanya.

Kamaruddin berkata, sebaik mangsa menghubungi nombor itu, seorang lagi ahli sindiket yang menyamar sebagai pegawai BNM atau PDRM akan menjawab panggilan itu.

Beliau berkata, pegawai palsu itu pula akan meminta maklumat perbankan dan kad kredit mangsa kononnya untuk tujuan pengesahan dan semakan.

Jom share kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda supaya duit dalam akaun maybank mereka tidak lesap dengan sekelip mata.

Komen

Author

admin