shadow

Ketika ini sedang hangat di internet kisah pasangan suami isteri, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa di mana Joy telah memfailkan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Menurut Sinar Harian, Joy telah memfailkan pembubaran nikah tersebut pada 18 Ogos yang lalu kerana Hafiz telah meragui pernikahan mereka berdua.

Sumber juga memberitahu lagi bahawa kelibat Hafiz turut terlihat di perkarangan mahkamah bagi memfailkan tuntutan yang sama.

Joy Revfa Fail Pembubaran Nikah

Terkini, Kedah Lani telah berjaya mendapatkan Hafiz sendiri untuk memberi penjelasan tentang berita yang sedang hangat diperkatakan ini.

Hafiz berkata memang benar dia juga berada di mahkamah pagi tadi dan dia tidak menyangka bahawa isterinya akan membuat sidang media terlebih dahulu.

“Benar saya juga berada di mahkamah syariah pada pagi tadi tapi saya tak tahu isteri akan buat PC sendiri-sendiri terlebih dahulu,” ujar Hafiz.

Rentetan daripada hal itu, Hafiz memberitahu kepada Kedah Lani supaya menunggu sidang media daripadanya tidak lama lagi.

“Tunggu PC daripada saya tak lama lagi,” ujarnya lagi.

Hafiz juga sempat memberitahu bahawa disebabkan keraguannya dengan pernikahan yang dirasakan tidak sah itulah yang menyebabkan dirinya tidak menyentuh isterinya dan bukan berpunca daripada masalah batin seperti yang didakwa oleh netizen.

“Sebab itu saya tak sentuh isteri saya sebab ragu-ragu. Bukan sebab masalah batin seperti yang sesetengah netizen katakan,” jelas Hafiz.

Hafiz, 33, berkata, buat masa ini dia sedang mengumpulkan beberapa fakta berkaitan perkahwinan tersebut yang akan dijelaskan kepada umum.

Komen

Author

admin