shadow

Harap anda bersabar, kisah mengenai penceraian di antara Joy Revfa dan Hafiz Hamidun masih belum lagi selesai tapi kami tahu, jauh di sudut hati anda sebenarnya ingin mengetahui bagaimana kesudahan kisah tentang hubungan mereka, bukan?

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafiz di portal Media Hiburan, dia mengakui bahawa kehidupannya berubah selain Joy juga mengingkarinya selain turut menjatuhkan reputasinya di laman sosial.

“Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya selesai 10 Oktober lalu,” katanya.

Tambah Hafiz, dia enggan melayan segala kenyataan yang dikeluarkan Joy di laman sosial selain tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman sekiranya Joy masih terus mengeluarkan kenyataan engatif terhadapnya.

Pengakuan Joy Revfa semalam mengenai nafkah batin yang gagal diberikan Hafiz Hamidun sedikit sebanyak buatkan ramai orang terkejut. Tidak dinafikan bila sebut sahaja pasal nafkah batin, pasti akan memikirkan hubungan ‘bersama’ diantara suami isteri. Menyedari dirinya dihentam teruk kerana membuka aib suami, Joy memberi penjelasan.

“Nafkah batin? Apa maksud sebenarnya? Since ramai sangat yang kecoh tentang NAFKAH BATIN. Ni nak perjelaskan yang cetek sangat ilmu tu. Jangan pikir nafkah batin kononnya nak buat anak je. Dia gagal memberi nafkah batin yg saya maksudkan di sidang media tadi tu membawa banyak maksud (tak perlu saya perjelaskan disini)”

“Jangan fikir nafkah batin tu happy atas katil je. Kalau tak tahu sangat maksud tu google atau tanya ustaz dan ustazah dulu apa sebenarnya nafkah batin yang saya maksudkan. Yang tetap menghukum saya konon membuka aib dia, silakan. Hanya yang follow kes saya dari awal saja tahu siapa yang buka aib siapa terlebih dahulu.KLIK GAMBAR DI B4WAH UNTUK MELIHAT VIDEO PERGADUHAN BESAR ANTARA HAFIZ HAMIDUN DAN JOY REVFA.

Komen

Author

admin