shadow

Setelah sunyi sekian lama, semalam stadium kembali dipenuhi penyokong Harimau Malaya. Satu atmosfera yang lama dirindui. Paling kurang 70,000 penyokong berada di stadium dan jutaan menyaksikan perlawanan secara langsung di kaca tv.

Kita menang dan layak ke separuh akhir dengan berbaki satu perlawanan.

Bersorak sorailah penyokong seluruhnya. Semuanya ok. Hinggalah berlaku satu kejadian memukul yang entah akal manusia mana mampu terima. Sekurang-kurangnya dua penyokong Myanmar telah dibelasah. Dikhabarkan seorang darinya dah lembik nyawa-nyawa ikan dan dibawa ke hospital oleh seorang penyokong Malaysia. Manakala aku melihat sendiri dengan mata aku seorang lagi penyokong Myanmar yang berlumuran darah di kepala terbaring dibantu penyokong Malaysia. Dia keseorangan masa tu. Dibantu penyokong kita dalam 20-30 orang. Punyalah marah dan geram aku masa tu, emosi bercampur aduk. Sedih melihat manusia berperangai binatang.

Selepas beberapa jam dapat berita yang mereka ini dipukul oleh sekumpulan penyokong Malaysia yang entah apa tujuan tak pasti. Ada kata kerana nak merompak. Bayangkan 30 orang kejar empat orang dan dua orang dipukul tanpa belas? Allahu, kau ingat ni benda biasa-biasa ke?

Menurut kawan aku, salah seorang yang dibelasah teruk tu datang dengan seorang perempuan (mungkin isteri), depan mata dia isteri meraung-raung minta bantuan. Sedih tahu. Sebagai penyokong bola sepak aku terfikir sejenak, ini mungkin terjadi pada sesiapa. Tak aku, kau, atau mereka tidak kira masa tempat atau hari. Haruskah kita diamkan kekejaman ini berlaku dek kerana hanya sebiji bola?

Ada seorang lagi kawan aku melihat dengan mata sendiri ada beberapa orang penyokong Malaysia yang saja-saja mencari pasal dengan penyokong Myanmar semasa perjalanan keluar dari stadium. Kenapa ada orang-orang macam ni yang dilahirkan ke muka bumi? Adakah tuhan sengaja menguji kita dengan manusia sebegini?

Logiknya takkan lah penyokong Myanmar ni tak mampu berfikir nak mengejek penyokong kita dulu. Masuk rumah orang ni, diorang pun tahu nak jaga diri.

Komen

Author

admin