shadow

Beliau adalah anak kelahiran Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan yang lahir pada 21 September 1984 (umur 32). Anak ketiga daripada lima adik-beradik kepada pasangan Hamidun Mat Rasul dan Laila Sarji ini mendapat pendidikan rendah di SK Changkat Jong, Teluk Intan. Kemudian beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Izuddin Shah, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Ketika di UIAM Hafiz Hamidun disunting oleh Hijjaz Music Entertainment, saat konsert Hijjaz &amp, In-Team di Al-Malik Faisal Hall, UIAM Petaling Jaya. Pada awal tahun 2006, kontraknya bersama Hijjaz Music Entertainment berakhir, kemudian ia menubuhkan syarikat produksinya sendiri yaitu Arteffects International.

Selain itu juga, Hafiz hamidun selalu tampil dalam berbagai acara di televisi. Salah satunya ialah Forum Perdana Ehwal Islam dan U-Remaja. Ia juga giat menciptakan lagu-lagu untuk soudtrack acara televisi sebagai Jingle dan Montaj, teaser, dan juga untuk para artis lain.

Kini nama Hafiz hamidun semakin dikenali setelah mengeluarkan album bertajuk Zikir Terapi Diri pada tahun 2011 dan juga album Zikir Terapi Diri 2 dan telah dipersembahkan secara eksklusif pada saat mengadakan konsert Zikir Terapi semasa program Nadwah Islamiah MRSM se-Malaysia di MRSM Kubang Pasu pada akhir bulan Juni yang lalu.

Biodata Hafiz Hamidun :

Nama lengkap : Mohammad Hafiz bin Hamidun

Nama beken : Hafiz Hamidun

Lahir : di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan, Malaysia, 21 September 1984

Pekerjaan : Penyanyi dan pencipta lagu

Agama : Islam

Album Studio

Hafiz Hamidun (2007)

Syukran (2009)

Zikir Terapi Diri (2011)

Sirah Teragung Muhammad SAW (2012)

Zikir Terapi Diri 2 (2013)

Zikir Terapi Diri 3 (2014)

I Love Rasulullah (2015)

Single

Kasih Padamu (2012)

Jodoh Berdua (2013)

Mikraj Cinta (2014)

Yang Dinanti (2016)

Kehidupan peribadi

Hafiz Hamidun berkahwin dengan ahli perniagaan kosmetik Joy Revfa pada 1 Mei 2017. Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 3.20 petang di Dewan Masjid Negeri, di sini. Hafiz dan Joy dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Firdaus Subhi. Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Majlis perkahwinan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak

Komen

Author

admin