shadow

Semalam di adakan program ‘Face Off’ DYAM Tunku Mahkota Johor, Shebby Singh dan panel jemputan yang lain.

Dalam sesi Face Off yang disiarkan secara langsung di laman JST dan Tifo Arena, TMJ menjawab persoalan yang diutarakan oleh peminat dari laman sosial yang mahukan penjelasan tentang pegambilan Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih skuad kebangsaan.

Langkah FAM itu seakan-akan atas kepentingan peribadi TMJ yang mahu melihat pesaing JDT itu lemah. Selepas kehilangan Tan Cheng Hoe, Kedah seolah-olah tidak ada nafsu untuk menang.

TMJ dengan nada santai menjawab:

“Ketika dalam proses memilih ketua jurulatih baru, saya mahu seorang anak tempatan menjadi pembantu kepada jurulatih asing.”

“Jurulatih tempatan ini akan mampu membantu untuk berhadapan dengan karenah para pemain dan bola sepak kita.”

“Ada beberapa nama dalam senarai kami. Dan saya akui saya sukakan Tan Cheng Hoe. Kami keluarkan pekeliling untuk mana-mana jurulatih tempatan datang kepada kami sekiranya berminat.”

TMJ menambah:

 “Tan Cheng Hoe nak ke skuad kebangsaan kerana KFA tidak ada pelan jangka panjang yang meyakinkan beliau.”

Inilah respon admin kedah fa di laman sosial (akaun personal) untuk menjawab isu Kedah tiada pelan jangka panjang.

Jawapan untuk Presiden FAM

  1. “Jurulatih tempatan mampu berhadapan karenah bola sepak kita.”

Kenapa JDT ambil Jurulatih luar?

  1. “KFA tidak ada pelan jangka panjang”

Lebih 70% pemain Kedah adalah anak tempatan dan muda. 7 orang ke skuad kebangsaan dan 5 orang skuad Bawah 22 tahun.

Berapa kerat pemain JDT anak tempatan? Itu dinamakan pembangunan?

Ohhh lupa JDT sebuah kelab, boleh beli mana-mana pemain luar.

  1. “TCH memutuskan meninggalkan mereka”

TCH tinggalkan Kedah setelah dipelawa oleh Presiden sendiri ke skuad kebangsaan.

Komen

Author

admin