shadow

ALOR SETAR – Kadar penggunaan air dan daum ketum yang semakin tidak terkawal serta di tahap sangat membimbangkan mendorong kepada desakan meletakkannya di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, penggunaan daun dan air ketum kini sudah merebak dalam kalangan anak muda serta semakin meningkat.

“Sejak 2015, Cake kerap menerima aduan air ketum dijual secara terang-terangan bagaikan air tebu di warung atau kedai makanan tertentu, terutamanya sekitar Kubang Pasu, Padang Terap dan Alor Setar.

“Lebih membimbangkan, aduan berkaitan penggunaan dan penjualan air ketum dari penduduk setempat makin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Dahulunya daun dan air ketum digunakan sebagar penawar kepada penyakit tinggi, namun kini terdapat pihak yang menyalahgunakan perubatan tersebut.

“Ada yang salah guna sehingga jadi khayal, ada juga yang kalau tak dapat minum boleh jadi lemah emosi, cepat marah dan letih.

“Jadi Cake harap kerajaan dapat letakkan ketum ini di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding Akta Racun untuk mengawal masalah penggunaan daun itu yang membimbangkan,” katanya.

Hanya dengan langkah meletakkan daun dan air ketum di bawah Akta Dadah Bahaya, pastinya ia dapat mengurangkan dan mengelakkan lebih ramai terjebak dalam kancah penagihan memandangkan hukuman dikenakan lebih serius. -Kedahlani

Komen

Author

admin